BERLIN – VfB Stuttgart menewaskan kelab divisyen tiga, Arminia Bielefeld 4-2 untuk menjulang trofi Piala Jerman buat pertama kali dalam tempoh 28 tahun.
Jaringan Nick Woltemade, Deniz Undav dan dua gol Enzo Millot menebus kekecewaan skuad kendalian Sebastian Hoeness dalam kempen Bundesliga.
Nick Woltemade, Millot dan Deniz Undav meletakkan Stuttgart 3-0 di depan sebelum rehat sebelum Millot sekali lagi menjaringkan gol untuk menjadikan kedudukan 4-0 pada minit ke-66.
Bielefeld merapatkan jurang menerusi pemain gantian, Julian Kania lapan minit sebelum tamat dan gol sendiri pemain Stuttgart, Josha Vagnoman pada minit ke-85, tetapi sudah terlewat untuk mencetus kebangkitan.
Kemenangan itu adalah kejuaraan Piala Jerman keempat Stuttgart dan melayakkan mereka untuk menyertai Liga Europa musim depan. Stuttgart menamatkan kempen Bundesliga di tempat kesembilan, dua mata di bawah kelayakan Eropah. – REUTERS
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001