Ramasamy akan didakwa atas tuduhan rasuah esok, kata peguam

GEORGE TOWN – Bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy akan didakwa atas tuduhan salah guna kuasa esok, menurut peguamnya.

Shamsher Singh Thind berkata, anak guamnya berusia 76 tahun itu akan dibawa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Mahkamah Sesyen di Butterworth untuk menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.

Pertuduhan di bawah seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sekurang-kurangnya lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Shamsher berkata, SPRM tidak mendedahkan butiran pertuduhan itu.

Bagaimanapun, pada Disember, sumber kanan SPRM memberitahu FMT, Ramasamy sedang disiasat berhubung dakwaan penyelewengan melibatkan pemerolehan oleh Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang (PHEB) yang diselianya.

Ramasamy yang menafikan dakwaan itu berkata, kewangan PHEB telah diaudit dan diluluskan sepanjang tempoh perkhidmatannya.

“Kami menggesa semua orang membenarkan proses undang-undang diteruskan dan mengelakkan spekulasi,” kata Shamsher sebagaiman dilaporkan FMT.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *