Lebih 5 jam menunggu di sisi anak, ibu gajah terpaksa ditembak pelali dan ditarik ke hutan

GERIK – Cubaan seekor ibu gajah mengalihkan sebuah lori yang merempuh anaknya di Jalan Raya Timur-Barat di sini, awal pagi tadi, tidak berganjak dari lokasi kemalangan lebih lima jam.

Tindakan haiwan itu menyentuh perasaan orang ramai, tetapi pada masa sama boleh mengundang risiko kepada pengguna jalan raya, menyebabkan PERHILITAN terpaksa menggunakan ubat pelali serta menarik gajah itu jauh dari lokasi kemalangan.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian jam 3.30 pagi hari ini.

Hingga jam 11.30 pagi, kerja-kerja pengalihan karkas anak gajah jantan dianggarkan berusia lima tahun itu dilakukan oleh petugas PERHILITAN.

Bagi tujuan keselamatan petugas dan orang awam, ibu gajah berkenaan terpaksa dibawa jauh dari lokasi kemalangan.

“Kita terpaksa guna ubat pelali dan tarik ia masuk semula ke hutan menggunakan pikap jam 9 pagi.

“Kerja pengalihan karkas anak gajah mengambil sedikit masa untuk kenderaan tunda dan bulldozer (jentolak) angkat dan tanam,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, tular video memaparkan seekor gajah dewasa dipercayai ibu kepada anak gajah itu setia menunggu anaknya yang terperosok di bawah lori.

Gajah dewasa itu kelihatan berusaha ‘menolak’ lori berkenaan dengan kepalanya untuk menyelamatkan anaknya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *