Kejohanan Dunia: Empat pemain skuasy negara mara pusingan kedua

KUALA LUMPUR – Empat pemain skuasy negara, termasuk S. Sivasangari mara ke pusingan kedua Kejohanan Dunia 2024-2025 di Chicago, Amerika Syarikat, semalam.

Bagi kategori wanita, Sivasangari yang berada ranking ke-9 dunia memulakan kempen kejohanan dunia yang berlangsung di University Club of Chicago dengan kemenangan ke atas pemain nombor 52 dunia dari Sepanyol, Marta Dominguez, 11-4, 11-5, 16-18, 11-2.

Pemain pilihan ketujuh kejohanan itu akan berdepan cabaran seterusnya, Sana Ibrahim dari Mesir, yang menewaskan jaguh Finland, Emilia Soini dengan 11-8, 11-5, 11-5.

Pemain nombor 19 dunia, Rachel Arnold turut menempah tempat ke pusingan seterusnya selepas meneruskan rentak kemenangan tiga perlawanan berturut-turut ke atas Nour Heikal dari Mesir, 11-9, 11-9, 4-11, 11-3.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Cabaran getir menunggu Rachel di pusingan kedua apabila terpaksa berdepan pilihan utama yang juga nombor empat dunia, Olivia Weaver, yang meleburkan harapan peminat skuasy Malaysia dengan menewaskan Aifa Azman, 11-3, 11-2, 11-1.

Juara baharu Terbuka Bermuda 2025, Aira Azman turut mara ke pusingan kedua setelah menundukkan Torrie Malik dari England, 11-8, 10-12, 11-7, 11-8.

Menduduki rangking ke-26 dunia, Aira akan berdepan dengan Salma Hany dari Mesir, yang menewaskan rakan senegara, Menna Hamed, 11-9, 8-11, 11-9, 11-3.

Sementara itu, wakil tuan rumah, Amanda Sobhy, membuktikan dia terlalu kuat buat Noor Ainaa Amani Ampandi apabila menang mudah 11-3, 11-2, 11-3.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Bagi kategori lelaki pula, pemain nombor 10 dunia, Ng Eain Yow menepati jangkaan apabila menyingkirkan Patrick Rooney dari England, 11-8, 11-5, 11-6.

Eain Yow yang merupakan pilihan ke-10 kejohanan, akan menghadapi lawan dari Pakistan, Muhammad Asim Khan di pusingan kedua selepas Asim menang dalam perlawanan sengit lima set menentang pemain Perancis, Auguste Dussourd, 11-9, 7-11, 12-10, 7-11, 11-2. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *