GEORGETOWN – Lelaki warga emas berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Taman Island Glades, Gelugor di sini, semalam.
Mangsa berusia 73 tahun tinggal bersendirian ketika kejadian sementara dua lagi ahli keluarganya menghadiri upacara sembahyang.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata pihaknya terima panggilan jam 9.21 malam.
“Kebakaran membabitkan rumah teres dan didapati merebak ke rumah berhampiran,” katanya dalam kenyataan.
John berkata, mangsa dapat diselamatkan menerusi pintu belakang rumah.
Api dapat dipadam jam 11 malam. Kebakaran turut membabitkan sebuah kereta jenis Toyota Camry.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001