Israel mohon bantuan antarabangsa padam kebakaran hutan terbesar

TEL AVIV – Kebakaran hutan besar yang melanda kawasan berhampiran bandar Bet Shemesh telah mencetuskan kekacauan di Israel, memaksa kerajaan pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk mengisytiharkan darurat.

Kementerian Luar Israel dilapor telah menghubungi beberapa negara jiran seperti Greece, Cyprus, Croatia, Itali, dan Bulgaria untuk mendapatkan bantuan.

Tiga pesawat pemadam kebakaran dari Rom dan Zagreb dijangka tiba untuk membantu usaha pemadaman.

Dalam satu kenyataan, Netanyahu memberi amaran bahawa api mungkin merebak ke Baitulmuqaddis jika tidak dikawal segera.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Kami akan terus berusaha tanpa henti untuk melindungi rakyat dan harta benda,” tambah Netanyahu.

Menteri Keselamatan, Itamar Ben Gvir, dalam pada itu mendakwa kebakaran mungkin berpunca daripada perbuatan khianat.

Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan kepulan asap tebal memenuhi lebuh raya utama, menyebabkan pengguna jalan raya meninggalkan kenderaan mereka dalam keadaan panik.

Sementara itu, agensi penyelamat Magen David Adom melaporkan 23 mangsa cedera, kebanyakannya akibat sesak nafas dan melecur.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Ribuan penduduk di kawasan berhampiran telah dipindahkan ke tempat perlindungan sementara.

Kebakaran yang disifatkan sebagai terbesar dalam sejarah kependudukan rejim zionis itu telah memusnahkan kawasan hutan yang luas dan mengancam kawasan kediaman.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *