Profesor Harvard saman Trump isu dana AS$9 bilion

BOSTON – Sekumpulan profesor dari Universiti Harvard bertindak memfailkan saman di Mahkamah Persekutuan Boston bagi menghalang pentadbiran Presiden Donald Trump daripada menyemak semula hampir AS$9 bilion dalam bentuk kontrak dan geran persekutuan yang diberikan kepada institusi tersebut.

Tindakan itu diambil sebagai respons terhadap langkah keras kerajaan dalam menangani dakwaan berlakunya fahaman anti-Yahudi di kampus universiti.

Cawangan fakulti Harvard bagi Persatuan Profesor Universiti Amerika (AAUP) bersama badan induk nasional organisasi itu, mengemukakan saman tersebut pada Jumaat dengan mendakwa bahawa pentadbiran Trump secara tidak sah mencabuli kebebasan akademik dan hak kebebasan bersuara di kampus universiti.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS), yang mewakili pihak kerajaan dalam kes ini, tidak memberikan sebarang komen mengenainya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Manakala Universiti Harvard turut enggan mengulas berhubung perkembangan itu.

Beberapa universiti terkemuka, termasuk Harvard, kini menghadapi ancaman penggantungan pembiayaan persekutuan berikutan protes pro-Palestin yang semakin ketara, serta isu berkaitan dasar kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI), termasuk pendekatan terhadap pelajar transgender.

Profesor undang-undang Harvard, Andrew Crespo, yang juga penasihat undang-undang kepada cawangan AAUP universiti itu, menyatakan pindaan pertama perlembagaan tidak membenarkan pegawai kerajaan menggunakan kuasa jawatan mereka untuk mendiamkan pengkritik atau menyekat ucapan yang tidak sealiran dengan mereka.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *