KUALA LUMPUR – KJTS Group Berhad (KJTS) pembekal terkemuka bagi penyelesaian penyejukan cekap tenaga, telah dipilih oleh Central Hua Hin Beach Resort Co., Ltd. (CHBR) untuk melaksanakan projek pembaikan loji air sejuk di bawah skim Kewangan, Retrofit, Operasi, Penyelenggaraan dan Pemindahan (ROT) di Centara Grand Beach Resort & Villas Hua Hin yang berprestij di Thailand.
Centara Grand Beach Resort & Villas Hua Hin, sebuah hotel warisan lima bintang yang asalnya dibuka pada awal 1920-an, dimiliki dan dikendalikan oleh CHBR, ahli Central Group.
Resort ini merupakan salah satu hartanah tepi pantai yang paling ikonik di Thailand, terkenal dengan daya tarikan kolonial dan taman berlandskap yang luas.
Projek yang akan dilaksanakan oleh anak syarikat KJTS yang berpengkalan di Thailand, KJTN Engineering Co., Ltd. (KJTN Engineering) dianugerah Surat Anugerah (LoA) untuk tempoh 20 tahun, sekali gus meningkat kehadiran dalam sektor infrastruktur hospitaliti Thailand dan menandakan penglibatan ketiga antara KJTN Engineering dan Central Group.
Di bawah terma ROT dengan CHBR, KJTN Engineering akan membiayai dan melaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian dalam dua fasa, berjumlah THB210,000,000 iaitu kira-kiraRM27.31 juta.
Setelah siap, syarikat akan menyediakan bekalan air sejuk jangka panjang dan perkhidmatan operasi dan penyelenggaraan yang komprehensif kepada resort.
“Fasa pertama kerja-kerja pengubahsuaian dijadualkan siap pada 31 Mei 2026, diikuti dengan fasa kedua 24 bulan kemudian. Bekalan air sejuk dan perkhidmatan O&M akan bermula dari1 Jun 2026 hingga 31 Mei 2046,” kata jurucakap KJTS di sini.
Mengulas lanjut KJTN Engineering akan menerima yuran bulanan tetap bermula pada THB1,468,540 iaitu kira-kira RM190,521 apabila selesai fasa satu, meningkat kepada THB1,561,640 iaitu kira-kira RM202,599 apabila fasa dua siap.
Ini adalah tambahan kepada bayaran berubah-ubah berdasarkan jumlah air sejuk yang dibekalkan.
Sepanjang tempoh LOA 20 tahun, komponen tetap sahaja dijangka menjana sejumlah THB372,559,200 iaitu kira-kira RM48.33 juta hasil berulang bagi Kumpulan.
“LOA ini mewakili langkah penting dalam mengukuhkan jejak kami di Thailand dan perkongsian lama kami dengan Central Group.
“Projek ini sejajar dengan strategi jangka panjang kami untuk menyediakan penyelesaian penyejukan yang mampan dan cekap kepada hartanah premium di seluruh Asia Tenggara,” tambahnya. – ND
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001