Trump ancam letus Iran jika terus bangunkan senjata nuklear

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, memberi amaran untuk mengebom Iran jika negara itu terus membangunkan senjata nuklear.

“Jika mereka enggan membuat perjanjian, akan ada pengeboman,” kata Trump kepada wartawan NBC News dalam temu bual, malam ini.

Presiden itu turut mengancam untuk mengenakan ‘tarif sekunder’ ke atas Iran.

Gaya bahasa Trump itu memberi penegasan terhadap kenyataannya beberapa hari lalu ketika beliau dilapor berkata “Iran akan menerima akibatnya” jika Tehran terus menolak untuk berunding mengenai perjanjian baharu nuklear.

Sukar dikenal pasti sama ada Trump mengancam pengeboman oleh pesawat AS sahaja atau dalam operasi yang diselaras bersama Israel.

Menteri Luar Israel, Gideon Saar, memberitahu Politico akhir bulan lalu bahawa “pilihan ketenteraan harus ada di atas meja untuk menghentikan program nuklear Iran sebelum ia digunakan sebagai senjata.”

Penganalisis mengatakan bahawa Iran mungkin menghasilkan senjata nuklear yang boleh digunakan dalam beberapa minggu lagi walaupun Tehran menafikan ia sedang membangunkan senjata berkenaan. – AFP

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *