Penjaga gol boleh pegang bola lapan saat

Penjaga gol boleh pegang bola lapan saat

02/03/2025:

LONDON – Pembuat undang-undang bola sepak sedang mempertimbangkan mengenai perubahan undang-undang yang akan memberi impak besar kepada penjaga gol yang suka membuang masa.

Undang-undang ketika ini menyatakan penjaga gol dibenarkan untuk memegang bola selama enam saat.

Undang-undang ini bagaimanapun jarang dikuatkuasakan dan dalam kebanyakan perlawanan, penjaga gol dilihat memegang bola sehingga 20 saat atau lebih khususnya bagi membuang masa.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Ada dua sebab mengapa undang-undang enam saat ini sukar untuk dilaksanakan.

Pertama, penjaga gol masih lagi dikelilingi pemain lawan selepas enam saat terutamanya dalam situasi bola mati.

Kedua, hukuman sepakan percuma tidak terus dalam kotak penalti dilihat tidak setanding dengan kesalahan terbabit.

Kini perancangan baharu sedang disusun membabitkan perkara itu di mana dengan versi baharu, penjaga gol boleh memegang bola sehingga lapan saat.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Selain itu, pengenalan kira detik atau ‘countdown’ selama lima saat untuk pengadil memberikan isyarat tangan mengenai masa yang tinggal kepada penjaga gol untuk melepaskan bola.

Sepakan percuma tidak terus dalam kotak penalti akan dimansuhkan namun berkemungkinan digantikan dengan lontaran ke dalam ataupun sepakan sudut untuk pasukan lawan.

Undang-undang ini sudah mula dipraktikkan dalam saingan Liga Perdana 2 dengan undang-undang lapan saat dan sepakan sudut diberikan selain ujian yang dijalankan di Malta.

Maklumbalas kepada Lembaga FA Antarabangsa (IFAB) mengenai perkara ini tampaknya positif namun perubahan ini dijangka digunakan pada musim 2026/27. -Agensi

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *