Isteri usahawan Ridzokumura meninggal dunia

Isteri usahawan Ridzokumura meninggal dunia

28/02/2025:

ISTERI usahawan dan pempengaruh media sosial Ridzuan Ridzokumura iaitu Akiko Okumura meninggal dunia pada Jumaat.

Berita duka itu disahkan sendiri oleh Ridzuan atau nama sebenarnya Abdul Ridzuan Abdul Mutalib, 50, menerusi hantaran di media sosialnya.

“Al-Fatihah untuk arwah isteri saya Akiko Okumura telah pergi meninggalkan saya dan anak saya selamanya,” tulisnya ringkas yang dipetik Sinar Harian.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Rata-rata pengikut media sosial Ridzokumura turut terkejut dengan berita duka itu sementelah baharu sahaja melihat Akiko dalam siaran langsung malam tadi.

Setakat ini, punca kematian Akiko masih tidak diketahui dan anak saudara Ridzokumura iaitu aktres Zarina Zainuddin tidak menjawab panggilan telefon.

Untuk rekod, Ridzokumura dan Akiko yang merupakan warga negara Jepun, mendirikan rumah tangga pada Februari 2009.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Sky Taizo Okumura, yang baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-13 semalam.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *