Pegawai penguat kuasa ditahan, terima rasuah RM100,000

Pegawai penguat kuasa ditahan, terima rasuah RM100,000

14/02/2025:

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang pegawai penguat kuasa kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM100,000 daripada syarikat pengangkutan tahun lepas.

Menurut sumber, suspek berusia 40-an itu dipercayai melakukan perbuatan berkenaan dengan menerima rasuah sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap lori milik syarikat terbabit yang melakukan kesalahan jalan raya.

Suspek ditahan kira-kira 8 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah, susulan daripada tangkapan terhadap seorang pembantu penguat kuasa pada Selasa lepas.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai meminta wang rasuah dari kira-kira 30 syarikat pengangkutan sejak Oktober 2023 hingga November tahun lepas, dengan jumlah bayaran bulanan antara RM300 hingga RM3,000 yang dianggarkan berjumlah RM100,000.

Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 1(a) Akta SPRM 2009.

Suspek telah dibebaskan dengan jaminan RM20,000 dan seorang penjamin selepas keterangan diambil. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *