Pekerja kontrak maut terkena renjatan elektrik ketika pasang talian internet

Pekerja kontrak maut terkena renjatan elektrik ketika pasang talian internet

MEMBAKUT – Seorang pekerja kontrak maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika melaksanakan kerja memasang talian internet sebuah syarikat telekomunikasi dalam kejadian di Kampung Sinoko, Jalan Bambangan, di sini pada Selasa.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan kejadian itu berlaku ketika lelaki berusia 19 tahun itu sedang memasang talian tersebut berhampiran tiang elektrik.

Menurutnya pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.20 petang sebelum lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis bergegas ke tempat kejadian.

“Mangsa telah dihantar ke hospital oleh rakan sekerjanya sebelum ketibaan pasukan bomba dan telah disahkan meninggal dunia di hospital oleh doktor yang bertugas.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Selepas memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan pada jam 5.12 petang,” katanya. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *