Tiga lelaki ditahan curi kabel di Gerik

Tiga lelaki ditahan curi kabel di Gerik

IPOH – Polis menahan tiga lelaki warga tempatan kerana disyaki mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) bernilai RM3,000 di Jalan Kuala Rui, Gerik, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Zulkifli Mahmood berkata ketiga-tiga suspek berusia lingkungan 31 hingga 36 tahun itu ditahan pada 4.30 petang di kawasan pentadbiran Balai Polis Bersia.

“Ketiga-tiga suspek menaiki van jenis Nissan Vanette warna putih. Pemeriksaan di dalam van tersebut menemukan beberapa peralatan yang disyaki digunakan untuk memotong kabel.

“Pemeriksaan lanjut turut merampas tiga gulung kabel, spanar, tangga aluminium, topi keselamatan, jaket pantulan cahaya serta van bersama anak kunci,” katanya dalam satu kenyataan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Zulkifli berkata modus operandi ketiga-tiga suspek menggunakan pakaian dan peralatan milik syarikat kontraktor berdaftar selain menjalankan kerja-kerja pemasangan serta pembaikan kabel dengan TM.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

“Polis turut menjalankan siasatan lanjut berhubung penangkapan ketiga-tiga suspek tersebut sama ada wujud penglibatan mereka dalam kes lain,” katanya. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *