Lelaki cedera dalam kebakaran lapan gerai makan di Skudai

Lelaki cedera dalam kebakaran lapan gerai makan di Skudai

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki melecur pada tangan kiri dalam kebakaran membabitkan lapan gerai makan di Taman Sri Puteri, Skudai di sini, petang tadi.

Komander Operasi Kanan Penolong Kanan Penguasa Bomba TC Saifulbahari Safar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.44 petang.

Beliau berkata susulan itu, dua ‘Fire Rescue Tender’ (FRT), sebuah ‘Compact Fire Rescue Tender’ (CFRT) dan sebuah Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Iskandar Puteri serta Larkin digegaskan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran itu telah memusnahkan 90 peratus daripada keseluruhan gerai nombor satu hingga tujuh, 50 peratus gerai nombor lapan dan 95 peratus sebuah motosikal jenis Yamaha R15,” katanya dalam kenyataan malam ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Mangsa yang merupakan peniaga berumur 37 tahun mengalami kelecuran satu peratus dan diberikan rawatan awal oleh petugas EMRS, katanya.

Operasi ditamatkan pada 7.05 malam. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *