Guan Eng tidak perlu takut bayang sendiri

Guan Eng tidak perlu takut bayang sendiri

KOTA BHARU – Pemimpin DAP, Lim Guan Eng tidak perlu kepanasan apabila ribuan ahli UMNO akan berhimpun di Putrajaya pada 6 Januari ini bagi memberi sokongan moral kepada pembebasan Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub berkata, parti itu tidak menghalang untuk sesiapapun rakyat Malaysia hadir memberi sokongan bersama-sama.

“Guan Eng tidak perlu takut pada bayang sendiri walaupun Pas memberi arahan kepada ahlinya untuk hadir memberi sokongan. Ianya tiada kaitan dengan mana-mana agenda politik.

“UMNO tetap dengan pendirian bahawa Datuk Seri Najib ini terlibat di dalam pendakwaan terpilih oleh Perdana Menteri ke-7 dan diteruskan kebobrokan itu oleh Perdana Menteri ke-8,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, UMNO kekal dengan pendirian bahawa Najib telah dinafikan perbicaraan yang adil dan merupakan suatu perancangan rapi oleh (Tun) Mahathir bersama (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) untuk menghapuskan pengaruh beliau.

Himpunan itu, katanya diadakan secara aman sebagai tanda solidariti kepada mantan Perdana Menteri yang juga bekas Presiden UMNO yang secara terangan dianiayai.

“UMNO kekal menyokong Kerajaan Perpaduan pada hari ini dan menjaga keharmonian hubungan antara parti kerajaan,” katanya. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *