Video mangsa terselamat nahas pesawat Azerbaijan Airlines mengucap dua kalimah syahadah sentuh hati netizen

Video mangsa terselamat nahas pesawat Azerbaijan Airlines mengucap dua kalimah syahadah sentuh hati netizen

KUALA LUMPUR – Video memaparkan seorang penumpang penerbangan Azerbaijan Airlines J2-8243, yang mengucapkan dua kalimah syahadah dan berdoa kepada Allah sebelum terselamat daripada nahas udara itu, menyentuh hati ramai pihak.

Video yang menjadi tular di media sosial itu membuktikan bahawa tiada yang mustahil dengan kuasa doa apabila mangsa itu selamat dalam nahas udara di Kazakhstan.

Beberapa saat sebelum pesawat itu terhempas, mangsa dilihat mengucap dua kalimah syahadah sebelum berlakunya nahas udara berkenaan.

Rakaman berdurasi seminit 29 saat itu merakam detik akhir yang mencemaskan sebelum pesawat berkenaan terhempas berhampiran Lapangan Terbang Aktau, Kazakhstan semalam yang mengorbankan sekurang-kurangnya 38 nyawa.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Menurut laporan berita, 25 orang pula berjaya diselamatkan.

Pesawat yang dalam perjalanan dari Azerbaijan ke Russia itu membawa 69 orang, termasuk 64 penumpang dan lima kru.

Dalam video berkenaan, lelaki berkenaan kelihatan tenang membaca dua kalimah syahadah dan mengucapkan ‘Allahu Akbar,’ walaupun berdepan detik genting.

Video itu dipercayai dirakam untuk isterinya, yang turut melihatkan situasi getir apabila topeng oksigen kuning tergantung dari siling dan tanda tali pinggang keselamatan berkelip.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Dalam klip lain, lelaki berkenaan dilihat berjalan keluar dari pesawat dan menunjukkan isyarat tangan OK.

Beliau hanya mengalami calar kecil pada muka, petik laporan Berita Harian.

Situasi luar biasa itu sekali gus menyebabkan ramai meluahkan rasa syukur kepada perlindungan Allah.

Rakaman insiden menunjukkan pesawat itu terbakar, disusuli asap tebal hitam memenuhi ruang udara, sementara penumpang yang cedera, pula dilihat berlumuran darah, dilihat keluar dari badan pesawat berkenaan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *