Bintang City dipaksa tidur di pusat latihan

Bintang City dipaksa tidur di pusat latihan

LONDON – Pemain bintang Manchester City yang bergelut dipaksa tidur di pusat latihan kelab itu semalaman menjelang aksi menentang Everton pada Hari Boxing malam ini.

Pep Guardiola mendedahkan anak buahnya diheret daripada rumah keluarga mereka dan berharap mereka menerima langkah itu dengan tangan terbuka.

City kalah sembilan daripada 12 perlawanan terakhir mereka, catatan terburuk dalam karier pengurusan Guardiola dan kali terakhir menikmati kemenangan pada 4 Disember lalu menentang Nottingham Forest.

Pemain bintang mereka diberi peluang bersama orang tersayang pada sebelah pagi dan petang dan ia perkara biasa pemain bola sepak terpaksa berlatih pada Hari Krismas.

Mereka kali pertama melakukan langkah tidur semalaman itu pada tahun 2014, muncul kelab pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) melakukannya, secara efektif menggunakan Etihad Campus sebagai hotel malam sebelum aksi sepak mula waktu makan tengah hari di laman sendiri.

Pangkalan latihan mereka mempunyai 80 bilik tidur dengan kertas dinding yang merangsang tidur, manakala £150,000 (kira-kira RM844,000) dibelanjakan untuk tilam dan bantal.

“Kami berlatih hari ini (Selasa), kami berlatih malam esok (Rabu), kami akan kekal di sini dan kami akan bermain pada Hari Boxing,” kata Guardiola.

“Harapnya mereka mahu berada di sini, kerana ia adalah tugas kami.”

Everton membuktikan kehebatan mereka sejak kebelakangan ini dengan kemenangan 4-0 ke atas Wolves sebelum mengikat Arsenal dan Chelsea 0-0.

City berharap untuk memperbaiki kemerosotan prestasi yang menyaksikan mereka merudum ke tangga ketujuh EPL dan empat mata di belakang pasukan tangga keempat Forest. – AGENSI

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *