Lori sampah hilang kawalan rempuh tiga rumah

Lori sampah hilang kawalan rempuh tiga rumah

KAJANG – Sebuah lori sampah terbabas dan merempuh tiga kediaman di Taman Bukit Mewah, di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu pada jam 3.40 petang.

“Siasatan mendapati pemandu lori bersama tiga orang pekerja sedang menjalankan tugas mengutip sampah di kawasan berkenaan.

“Secara tiba-tiba pemandu lori dipercayai hilang kawalan lalu terlanggar tiga rumah di kanan jalan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Naazron berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Izzatul Aira di talian 017-2737696,” ujarnya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *