Nora letak foto Johan bakar semangat

Nora letak foto Johan bakar semangat

KUALA LUMPUR – Berdepan pelbagai ujian sepanjang tahun membabitkan kisah peribadi, termasuk kehilangan insan tersayang memberi tamparan hebat kepada emosi penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin.

Ditambah dengan kecaman diterima membuatkan Nora berasakan perlu berbuat sesuatu untuk melindungi diri dan keluarga supaya tidak memberi kesan kepada kesihatan mental.

Tanpa berselindung, Nora mengakui menjalani sesi terapi dengan pakar psikiatri memastikan kestabilan kesihatan mentalnya.

“Demi mengawal emosi dan menjaga kesihatan mental, saya ada berjumpa pakar psikiatri untuk mendapatkan khidmat nasihat.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Bukan saya sahaja, tetapi anak-anak turut menjalani sesi terapi terbabit sejak enam bulan lalu.

“Mereka ada pakar psikiatri tersendiri yang bersesuaian dengan usia sebab lebih faham.

“Adakalanya kita tidak sedar, dalam menempuh kehidupan memang banyak dugaan dan mahu membesarkan anak-anak juga banyak cabaran.

“Ini bagi saya bukan benda tak baik, tetapi elak kesihatan mental terjejas.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Alhamdulillah, ia menghasilkan perkembangan positif kepada kami sejak menjalani sesi terapi itu,” katanya kepada BH Online.

Berkongsi lanjut perkara itu, pemilik nama lengkap Wan Norafizah Wan Ariffin, 51, menambah sesi terapi yang dijalani juga membantu untuk menjadi individu lebih baik.

“Saya tidak pernah anggap diri sendiri betul dan tidak terlepas daripada melakukan kekhilafan atau tersilap dalam membuat keputusan.

“Saya juga bukan seorang ibu yang sempurna, tetapi kalau boleh mahu jadi terbaik untuk anak.

“Jadi, saya tak mahu semua kesalahan dan masalah sendiri beri kesan negatif kepada mereka.

“Membesarkan anak tanpa ayah kandung sangat mencabar terutama, anak perempuan remaja. Hidup memang ‘keras’, tetapi perlu hadapi juga,” luah penyanyi Di Persimpangan Dilema ini ketika ditemui selepas sesi latihan konsert yang diadakan di Cranky Music Studio di Ara Damansara, Petaling Jaya, kelmarin.

Nama Nora kembali menjadi bahan perdebatan netizen berikutan insiden muat naik video diceraikan dan ‘perang’ bersama anak tirinya dalam media sosial.

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, pada 19 November lalu, pemilik vokal gemersik itu sekali lagi berdepan ujian apabila ibu tersayang, Allahyarham Wan Azizah Wan Ismail pergi menyahut panggilan Ilahi.

Sementara itu, mengulas perkembangan terkini konsert solo ‘Hanya Satu: Datuk Nora Ariffin (30 Years Journey)’ yang bakal berlangsung di Stage 1 Theare, PJ Pac, 1 Utama E, Petaling Jaya pada 18 Disember ini, Nora mengakui berasa gementar menantikan detik itu.

Menurut Nora, kebimbangannya adalah mengenai sambutan ramai, termasuk penjualan tiket.

Bukan mahu merendahkan kemampuan diri sendiri namun pemenang Bintang HMI 1991 itu berkata, dia sekadar cuba bersikap jujur mengenai perasaan yang dialami ketika itu.

“Kerisauan saya lebih kepada persoalan adakah yang nak hadir ke konsert dan melihat saya menyanyi?

“Meskipun kadang-kadang perasaan macam okay, tetapi sebenarnya bimbang juga, ditambah pula banyak penganjuran konsert penyanyi lain. Saya pula bukan lagi dalam liga arus perdana yang kerap muncul pada persembahan berskala besar.

“Apapun, saya bersyukur kerana penjualan tiket berjalan dengan baik. Saya tidak mengharapkan terus ‘sold out’ sebab sedar diri,” ungkapnya jujur.

Dalam pada itu, Nora terharu kerana dapat menunaikan impian arwah suami, Allahyarham Johan Nawawi yang mahu melihatnya mengadakan konsert solo suatu hari nanti.

“Hasrat menganjurkan konsert solo sudah lama ada iaitu sejak arwah masih hidup, namun tidak terlaksana sebab terdapat banyak kekangan.

“Justeru, bila ada peluang buat konsert solo, saya cuba tunaikan apa yang pernah arwah impian selama ini.

“Saya memilih bekerja bersama Aubrey Suwito sebagai pengarah muzik dan Jennifer Thompson pula selaku pengarah persembahan untuk konsert ini kerana itu juga adalah impian arwah.

“Walaupun sudah tiada, namun semangat arwah tetap ada bersama saya.

“Disebabkan itu, bila saya buat latihan, saya akan letak foto arwah di depan supaya saya dapat semangat sama ketika arwah masih ada dahulu.

“Mujur suami sekarang memahami situasi saya,” tutur Nora yang bakal mendendangkan 17 lagu pada malam konsert.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *