Iran lancar satelit Fakhr-1, catat rekod baharu kapasiti muatan

Iran lancar satelit Fakhr-1, catat rekod baharu kapasiti muatan

TEHRAN – Satelit Fakhr-1 milik Tentera Iran dilancarkan menggunakan pengangkut Simorgh dan berjaya ditempatkan di orbit, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Kejayaan pemindahan blok Fakhr-1 dan Saman-1 ke orbit dengan berat keseluruhan 300 kg mencipta rekod baharu bagi Iran dalam mengangkat muatan, lapor pejabat perhubungan awam Tentera Darat pada Jumaat.

Selepas berada di orbit, Fakhr-1 menghantar isyarat pertamanya ke bumi.

Simorgh ialah satu-satunya pembawa satelit canggih di Iran yang digunakan untuk memindahkan satelit ke orbit altitud tinggi.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pada awal November, Iran berjaya melancarkan dua satelit buatan tempatan dan menerima isyarat yang menunjukkan ia berada di orbit dengan sempurna. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *