Gempa bumi lemah dikesan di Tawau

Gempa bumi lemah dikesan di Tawau

KOTA KINABALU – Gempa bumi lemah bermagnitud 2.7 pada skala Richter dikesan berlaku di sekitar Tawau pada 4.54 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan pusat gempa itu terletak 4.5 darjah utara dan 118.1 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer (km), iaitu sekitar 17km dari pusat bandar Tawau.

“Gegaran dirasai di sekitar Tawau,” menurut kenyataan itu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah ketika dihubungi berkata tiada kejadian tidak diingini berlaku akibat gempa bumi itu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Sementara itu di Tawau, seorang peniaga Anna Benjamin, 63, berkata gegaran dapat dirasai oleh dia sekeluarga yang berada di kawasan Tanjung Batu Laut, ketika waktu subuh tadi.

“Tidak lama (bergegar) dalam lima saat begitu. Tiada apa-apa yang rosak bila saya dan keluarga periksa. Doakan kami semua di Tawau selamat,” katanya.

Pemilik kedai makan Asmah Anit, 48, berkata dia dapat merasakan gegaran itu kira-kira lima saat di rumahnya di Taman Ria Height.

“Rumah saya atas bukit, ada rasa macam kena goncang jugalah pada subuh tadi. Anak saya pun ada rasa juga,” katanya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Pekerja am Mohd Izhan Hassan, 32, berkata dia merasakan gegaran kira-kira dua hingga tiga saat ketika berada di kawasan Kolej Vokasional Tawau pada waktu sama. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *