Insiden tembakan rambang di Washington ragut 5 nyawa termasuk 3 kanak-kanak

Insiden tembakan rambang di Washington ragut 5 nyawa termasuk 3 kanak-kanak

WASHINGTON – Seorang remaja lelaki ditahan susulan kematian lima orang termasuk tiga kanak-kanak dalam satu insiden tembakan di Washington pada Isnin, lapor United Press International (UPI).

Pihak berkuasa bergegas ke lokasi selepas menerima laporan mengenai insiden tembakan rambang di sebuah rumah di kawasan Fall City, sejurus sebelum 5 pagi (waktu tempatan) kira-kira 25 batu di timur Seattle.

Lima mangsa ditemukan mati di dalam rumah berkenaan dan suspek cuba menggantung diri, menurut paramedik dan pasukan kecemasan.

Seorang mangsa wanita dibawa ke hospital untuk menerima rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Walaupun pihak berkuasa belum mengesahkan hubungan suspek dengan mangsa, mereka menyifatkan kejadian sebagai “kemungkinan kes keganasan rumah tangga.”

Seorang remaja lelaki ditahan dan kini berada di Pusat Tahanan Juvana King County.

“Amat menyedihkan. Sangat mengganggu. Saya yakin pasukan saya akan menjalankan siasatan dengan terperinci dan kami akan menentukan fakta berkaitan insiden ini,” kata Syerif King County, Patti Cole-Tindall.

Umur dan identiti mangsa belum didedahkan, lapor UPI. – BERNAMA

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *