12 terbunuh, 33 cedera kemalangan bas di Mesir

12 terbunuh, 33 cedera kemalangan bas di Mesir

KAHERAH – Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan 33 cedera dalam kemalangan sebuah bas di lebuh raya yang menghubungkan Kaherah, Mesir ke pantai Laut Merah pada Isnin.

Kementerian Kesihatan Mesir berkata, 28 buah ambulans dihantar ke tempat kejadian yang berlaku di Lebuhraya Al-Galala yang menghubungkan Kaherah ke bandar pesisir Laut Merah termasuk Ain Sokhna.

Media tempatan melaporkan, kemalangan itu melibatkan pelajar Universiti Galala yang terletak di bandar Galala.

Difahamkan mereka baru pulang dari kelas mereka dan dalam perjalanan ke asrama di pusat peranginan Ain Sokhna menggunakan lebuh raya baharu Galala.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Siasatan awal telah menyimpulkan pemandu bas itu memandu laju dan hilang kawalan ke atas kenderaan itu.

Pemandu itu ditahan sebagai sebahagian daripada siasatan ke atas nahas itu.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *