Komet 'abad ini' boleh dilihat antara 12 hingga 30 Oktober

Komet ‘abad ini’ boleh dilihat antara 12 hingga 30 Oktober

LONDON – Sebuah komet yang kali terakhir kelihatan dari Bumi ketika Neanderthal (manusia purba) masih hidup mungkin boleh dilihat dengan mata kasar hujung minggu ini, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik saintis.

Komet A3 (Tsuchinshan-ATLAS) telah digelar sebagai “komet abad ini” kerana betapa terang dan jelas ia mungkin kelihatan, menurut Royal Astronomical Society (RAS).

Ahli astronomi berkata komet itu kali terakhir kelihatan dari Bumi kira-kira 80,000 tahun yang lalu dan hanya ditemui pada Januari 2023.

Menurut persatuan itu, peminat astronomi di hemisfera selatan sudah pun melihat Komet A3, tetapi kini ia juga boleh dilihat di hemisfera utara.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Antara 12 hingga 30 Oktober, orang ramai mungkin dapat melihat komet itu menggunakan teropong atau pun dengan mata kasar.

Dalam video di laman sesawang persatuan itu, timbalan pengarah Dr Robert Massey berkata mengambil gambar komet itu mungkin boleh dilakukan, terutamanya jika menggunakan kamera digital lensa refleks tunggal (DSLR).

Menurut RAS, komet itu berasal dari Awan Oort yang mengelilingi sistem suria dan mengandungi berbilion objek termasuk komet. – BERNAMA-dpa

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *