Empat pengebom dibunuh sebelum sempat laksana misi di barat laut Pakistan

Empat pengebom dibunuh sebelum sempat laksana misi di barat laut Pakistan

ISLAMABAD – Empat pengebom berani mati terbunuh apabila pasukan keselamatan berjaya menggagalkan serangan mereka ke atas ibu pejabat tentera di wilayah barat laut Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan, menurut kenyataan tentera pada Sabtu, lapor Xinhua.

Kejadian itu berlaku di daerah Mohmand apabila kumpulan yang terdiri daripada empat pengganas menyerang ibu pejabat separa tentera Kor Perbatasan, menurut kenyataan daripada sayap media tentera, Perhubungan Awam Antara Perkhidmatan (ISPR).

Percubaan untuk memasuki kem itu berjaya digagalkan oleh anggota pasukan keselamatan, kata ISPR, sambil menambah kesemua empat pengebom berani mati itu berjaya dibunuh sebelum mereka dapat menyebabkan kemusnahan.

Operasi pembersihan sedang dijalankan untuk menghapuskan sebarang pengganas lain yang ditemui di kawasan itu, tambahnya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pihak tentera berkata pasukan keselamatan Pakistan bertekad untuk menghapuskan ancaman keganasan di negara Asia Selatan itu. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *