Aisyah Hijanah, Alif Teega ‘mesra’, jadi cerai atau tidak?

Aisyah Hijanah, Alif Teega ‘mesra’, jadi cerai atau tidak?

PETALING JAYA – Tindakan usahawan dan pempengaruh media sosial sensasi Aisyah Hijanah Azhari berkongsi foto suaminya, Alif Teega dalam media sosial semalam mengundang tanda tanya ramai pihak.

Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai persoalan selepas Aisyah, 26, dikatakan sudah memfailkan perceraian terhadap Alif pada baru-baru ini.

Menerusi perkongsian dalam InstaStory, Aisyah dilihat memuat naik swafoto Alif yang difahamkan dirakam ketika mereka sedang bekerja.

Dia bagaimanapun tidak memperincikan mengenai perkongsian tersebut sebaliknya membiarkan orang ramai terus berteka-teki.

“Cerai atau tidak? Adakah hanya sekadar konten sahaja?

“Adakah satu Malaysia kena ‘game’?” komen netizen.

Terdahulu, Aisyah mengesahkan sudah memfailkan cerai terhadap Alif di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada Ogos lalu.

Dia bagaimanapun enggan berkongsi lanjut punca tindakan tersebut diambil.

Untuk rekod, Aisyah dan Alif mendirikan rumah tangga pada 25 November 2017. Pasangan ini memiliki tiga orang cahaya mata.

Sementara pada November tahun lalu, Alif pula mengakui sudah berkahwin kali kedua dengan Fatin Umaidah di Thailand ketika Aisyah sedang sarat mengandung anak ketiga. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *