Fahmi arah Pengerusi MCMC bertindak segera atasi buli siber, berita palsu

Tak salah polis panggil wartawan Malaysiakini bagi keterangan – Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR: Tindakan pihak polis memanggil wartawan Malaysiakini berhubung laporan pertukaran kepimpinan tertinggi dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini, tidak bertentangan dengan hak wartawan untuk membuat laporan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata berdasarkan Kod Etika Kewartawanan yang diterbitkan kementerian itu, wartawan sememangnya mempunyai hak untuk kerahsiaan sumber.

Bagaimanapun katanya, pada masa sama, kerjasama juga perlu diberikan kepada polis kerana jika ada sebarang laporan polis dikemukakan, pihak polis perlu melakukan siasatan.

“Saya tegaskan wartawan ada hak untuk membuat laporan (berita) tapi berdasarkan undang-undang, pihak polis juga ada hak untuk menyiasat. Ia bukan satu perkara yang bertentangan.

“Jika kita (wartawan) buat laporan dan anda berpegang kepada laporan dan sumber (yang dirujuk), kemudian bila ditanya, maka jawablah… tidak menjadi isu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran dan Pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2024 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di sini, hari ini.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *