Turkiye isytihar hari berkabung selepas kematian Ismail Haniyeh

Turkiye isytihar hari berkabung selepas kematian Ismail Haniyeh

ANKARA – Kerajaan Turkiye mengisytiharkan negara itu berkabung pada Jumaat berikutan kematian Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh yang dibunuh oleh rejim Zionis.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dalam catatan di akaun media sosial miliknya berkata, hari berkabung itu juga sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin.

“Hari berkabung diisytiharkan pada Jumaat sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin,” katanya.

Agensi berita Reuters melaporkan Erdogan juga akan menghadiri upacara pengebumian Ismail di Qatar.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Sebelum ini Pakistan juga telah mengisytiharkan hari Jumaat sebagai hari berkabung bagi menghormati pemergian Ismail yang terkorban di Tehran pada Rabu. – REUTERS

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *