KUALA LUMPUR – Toshiba Sales & Services Sdn. Bhd. (TSS) melabur kira-kira RM500,000 untuk menaik taraf bilik pameran baharu.
Serentak dengan pelancaran itu juga TSS turut mengumumkan pelancaran Kempen Beyond Details Beli & Menang bermula 1 Ogos ini hingga 15 Januari 2025, di mana pemenang berpeluang memenangi Lexus ES250 Premium bernilai RM350,000 hanya dengan membeli produk Toshiba.
Pengurus Besar TSS, Desmond Chong berkata, Kempen Beyond Details Beli & Menang adalah peluang mendebarkan untuk memberi kembali kepada pelanggan luar biasa yang telah menyokong syarikat itu selama ini.
“TSS sangat teruja untuk menawarkan mereka peluang memenangi hadiah-hadiah hebat sebagai tanda penghargaan kami yang tulus di atas kesetiaan dan kempen ini adalah cara untuk menunjukkan rasa terima kasih kami,” katanya di sini, hari ini.
Beliau menambah, pelaburan setengah juta dalam menaik taraf bilik pameran TSS adalah bukti dedikasi untuk meningkatkan pengalaman pelanggan di Malaysia.
Bilik pameran yang baharu diubah suai kini menawarkan inovasi terkini Toshiba, yang kini mempamerkan peti sejuk slot-masuk inovatif Gaya JAPANDi, mesin basuh, mesin basuh pinggan mangkuk, pemanas air dan peralatan rumah kecil termasuk ketuhar gelombang mikro, ketuhar pembakar roti, periuk nasi dan cerek.

Chong berkata, TSS kekal teguh dalam komitmennya menyediakan pengalaman terbaik untuk penggunanya dan akan terus bekerja tanpa jemu ke arah inovasi dan kecemerlangan, memastikan produk dan perkhidmatan TSS melebihi jangkaan pelanggan serta menetapkan piawaian industri baharu.
Pada hari ini juga, TSS turut melancarkan Kempen Sama-Sama Gemilang yang berlangsung dari 1 Ogos hingga 30 September ini.
Dalam kempen itu, pengguna yang membeli barangan terpilih iaitu peti sejuk, mesin basuh, pengering atau mesin basuh pinggan mangkuk layak membeli pembakar roti elektrik atau pengisar pada harga RM1 menerusi tawaran Pembelian Menerusi Pembelian (PWP). – NasionalDaily
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252