RIYADH – Mufti Besar Kerajaan Arab Saudi, Sheikh Abdulaziz bin Abdullah bin Mohammed Al-Sheikh, menyeru semua jemaah haji tahun ini mematuhi arahan keselamatan dan rasmi dengan ketat.
Beliau yang juga yang juga Pengerusi Majlis Ulama Kanan dan Presiden Umum Penyelidikan Ilmiah dan Fatwa berkata, arahan paling utama adalah mendapatkan permit haji dan mematuhi pengambilan vaksin yang diumumkan Kementerian Kesihatan Arab Saudi, lapor Saudi Press Agency (SPA).
Beliau menekankan, menunaikan haji tanpa permit adalah berdosa bagi orang yang melakukannya dan tidak dibenarkan menunaikan haji tanpa permit.
Katanya, arahan itu selaras dengan kepentingan yang diperlukan oleh syariah, yang bertujuan memperbaiki kepentingan dan mencegah keburukan.
Al-Sheikh berkata, kepimpinan bijaksana dan negara telah menggubal peraturan dan arahan yang bertujuan untuk memudahkan serta mengatur penerimaan jemaah, selain menyediakan mereka dengan segala kemudahan dan membantu melaksanakan ibadah dengan mudah dan tenang.
“Semua perkhidmatan ini memerlukan pematuhan untuk memastikan keselamatan semua orang dan tujuan lain,” katanya.
Beliau menambah, kerajaan Arab Saudi telah berusaha, tanpa mengenal penat lelah, perbelanjaan atau organisasi, untuk mencapai matlamat yang tinggi dalam perkhidmatan Islam dan umat Islam, Dua Masjid Suci dan pengunjungnya.
Al-Sheikh menggesa semua jemaah memanfaatkan masa mereka sepanjang menunaikan haji dengan beribadat kepada Allah SWT melalui doa, ibadah dan mendekatkan diri kepada-Nya. – BERNAMA
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252