SKUAD Piala Thomas negara berjanji akan berusaha menamatkan kemarau kemenangan yang dikecapi 32 tahun lalu dengan membawa pulang piala berpretij it uke tanah air.
Janji itu makin menyerlah apabila skuad negara selaku naib juara Kumpulan D berjaya melayakkan diri ke suku akhir dan akan bertemu skuad dari Jepun menerusi undia.
Soh Wooi Yik yang mengetuai skuad negara memikul tanggungjawab berat dalam kempen itu demi misi membawa piala berkenaan pulang ke tanah air sejak kali terakhir memenanginya pada 1992.
Malaysia layak ke suku akhir selepas mengalahkan skuad dari Hong Kong dan Algeria sebelum tewas kepada juara kumpulan D, Denmark. – Nasionaldaily
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252