LONDON – Dua peluru berpandu yang dilancarkan kumpulan Houthi yang disokong Iran di Yaman mengenai lapangan terbang di bandar pelabuhan selatan Yaman, Aden malam tadi, lapor Arab News.
Insiden berlaku ketika sebuah pesawat penumpang sedang bersedia untuk berlepas.
Setakat ini, tiada kecederaan dilaporkan.
Dalam satu hantaran menerusi platform X, Menteri Penerangan Yaman, Moammar Al-Eryani, memaklumkan peluru berpandu itu mendarat kira-kira 500 meter dari pesawat Yemenia Airways, penerbangan IY612 menuju ke Kaherah, dan kira-kira 100 meter dari titik tengah landasan.
Beliau berkata, penumpang dan kru pesawat terbabit terselamat.
Serangan itu berlaku sehari selepas Kementerian Kesihatan melaporkan sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan 16 cedera dalam serangan Houthi ke atas kompleks istana presiden di Aden.
Al-Eryani mengecam serangan itu sebagai ancaman kepada penumpang, kru penerbangan dan penerbangan awam kerana boleh beri risiko kepada puluhan nyawa.
“Apa yang berlaku bukan sekadar serangan ke atas lapangan terbang awam tetapi ancaman langsung kepada nyawa penumpang dan kru penerbangan serta keselamatan navigasi udara.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
“Ia juga pelanggaran serius terhadap undang-undang dan norma antarabangsa,” katanya yang turut menegaskan, tindakan menyasarkan lapangan terbang itu turut mengancam keupayaan rakyat Yaman untuk melakukan perjalanan bagi rawatan perubatan mahupun pendidikan. – Agensi
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
