Saham EcoSys melonjak 159 peratus pada penampilan sulung di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR – Saham EcoSys (Malaysia) Bhd melonjak lebih dua kali ganda pada penampilan sulungnya di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini, didorong permintaan kukuh terhadap syarikat penyedia penyelesaian industri semikonduktor itu.

Saham syarikat dibuka pada 70 sen sesaham, meningkat 43 sen atau 159 peratus berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 27 sen sesaham.

Berdasarkan harga terakhir ketika laporan ini disediakan, syarikat yang berpangkalan di Pulau Pinang itu mencatatkan permodalan pasaran kira-kira RM420 juta.

Pengarah Urusan EcoSys, Chan Chee Wei, berkata sambutan positif pelabur meningkatkan tanggungjawab pihak pengurusan untuk terus memperkukuh prestasi perniagaan dan mencipta nilai kepada pemegang saham.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Syarikat tidak terlalu menumpukan perhatian kepada pergerakan harga saham, sebaliknya kekal memberi fokus kepada pembangunan penyelesaian kejuruteraan teknologi yang berkualiti, inovatif dan berdaya saing.

“Kami melihat harga yang baik pada permulaan ini sebagai tanggungjawab yang lebih besar untuk menyampaikan keputusan lebih kukuh kepada semua pemegang saham,” katanya pada sidang media selepas majlis penyenaraian EcoSys, di sini, hari ini.

Mengulas rancangan pengembangan operasi, Chee Wei berkata, syarikat turut meningkatkan kapasiti proses pemasangan dan pengujian bagi segmen sistem rawatan gas sebagai persediaan menghadapi prospek pasaran yang dijangka lebih baik tahun depan.

EcoSys juga terus membangunkan penyelesaian teknologi baharu untuk pelanggan sedia ada dan berharap dapat memperkenalkan inovasi berkenaan kepada pasaran pada separuh pertama tahun depan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Menurutnya, segmen rawatan gas syarikat menyediakan sistem untuk merawat gas yang digunakan dalam proses pembuatan semikonduktor dan panel solar sebelum dilepaskan ke atmosfera.

Pembangunan teknologi lebih mampan penting bagi menangani cabaran pelepasan gas perfluorokarbon (PFC) yang digunakan secara meluas dalam industri berkenaan.

EcoSys mengumpul RM39.34 juta menerusi IPO yang membabitkan penerbitan 145.70 juta saham baharu pada harga 27 sen sesaham.

Jumlah saham baharu itu mewakili kira-kira 25.5 peratus daripada modal saham terbitan diperbesar syarikat sebanyak 571.35 juta saham selepas penyenaraian.

Daripada hasil IPO berkenaan, RM17 juta diperuntukkan bagi pengembangan segmen rawatan gas, manakala RM4.93 juta digunakan untuk membeli mesin dan menambah tenaga kerja.

Syarikat turut memperuntukkan RM1.54 juta bagi mengembangkan perniagaan di India, termasuk menubuhkan pusat jualan dan perkhidmatan serta mengambil kakitangan tempatan.

Sebanyak RM8 juta akan digunakan untuk membayar balik pinjaman bank, RM2.36 juta bagi modal kerja dan RM5.50 juta bagi menampung perbelanjaan penyenaraian.

India menyumbang RM38.22 juta atau 35.1 peratus daripada hasil kumpulan bagi tahun kewangan 2025, sekali gus muncul antara pasaran penting bagi pertumbuhan EcoSys.

Sebagai latar belakang, bahagian IPO yang diperuntukkan kepada orang awam Malaysia terlebih langgan sebanyak 206.70 kali selepas menerima 31,734 permohonan membabitkan 5.93 bilion saham.

Sambutan itu mencerminkan minat tinggi pelabur terhadap perniagaan EcoSys yang merangkumi penghasilan komponen kejuruteraan jitu, modul subpemasangan dan sistem rawatan gas untuk industri semikonduktor serta pembuatan panel solar.

Chee Wei berkata, penyenaraian berkenaan menyediakan platform lebih luas untuk syarikat melaksanakan rancangan pertumbuhannya.

Langkah itu juga membolehkan EcoSys memperkukuh tadbir urus korporat dan kawalan dalaman bagi memenuhi tanggungjawabnya sebagai syarikat tersenarai awam.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *