Harga, jumlah jualan baja pacu hasil Cropmate naik 49.1 peratus

KUALA LUMPUR – Cropmate Bhd mencatatkan hasil RM68.2 juta bagi suku kedua tahun kewangan 2026, meningkat 49.1 peratus daripada RM45.7 juta setahun sebelumnya, didorong serentak oleh harga jualan purata lebih tinggi dan peningkatan jumlah jualan baja.

Keuntungan sebelum cukai (PBT) syarikat meningkat 44.3 peratus kepada RM6.6 juta daripada RM4.6 juta, manakala keuntungan selepas cukai (PAT) bertambah 38.6 peratus kepada RM4.8 juta daripada RM3.5 juta pada suku sama tahun lalu.

Pengarah Urusan Cropmate Bhd, Lee Chin Yok berkata, peningkatan keuntungan itu mencerminkan aktiviti jualan lebih tinggi serta tumpuan syarikat terhadap pelaksanaan operasi secara berdisiplin.

“Peningkatan keuntungan suku ini mencerminkan aktiviti jualan yang lebih tinggi dan tumpuan berterusan kami terhadap pelaksanaan yang berdisiplin. Kami kekal fokus untuk mengurus turun naik kos input, mengekalkan bekalan yang boleh dipercayai kepada pelanggan dan mengukuhkan daya tahan operasi,” katanya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Keuntungan kasar Cropmate turut meningkat kepada RM11.9 juta daripada RM8.0 juta, manakala margin keuntungan kasar kekal stabil pada 17.4 peratus walaupun syarikat beroperasi dalam persekitaran kos input yang lebih tidak menentu.

Momentum pertumbuhan turut berterusan secara suku tahunan apabila PBT meningkat 20.0 peratus daripada RM5.5 juta pada suku pertama 2026, manakala hasil bertambah 16.4 peratus daripada RM58.6 juta.

Bagi separuh pertama tahun kewangan 2026, Cropmate merekodkan hasil RM126.7 juta, PBT RM12.2 juta dan PAT RM8.9 juta, masing-masing meningkat 34.3 peratus, 27.2 peratus dan 24.2 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Pasaran tempatan kekal menjadi penyumbang utama kepada perniagaan kumpulan apabila merangkumi kira-kira 98.2 peratus daripada pendapatan pada suku kedua, sementara bakinya disumbangkan pasaran eksport terpilih termasuk Singapura, India, Mauritius dan China.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Dalam pada itu, Cropmate berkata, pasaran baja global terus dipengaruhi perkembangan geopolitik di Timur Tengah yang menyumbang kepada gangguan rantaian bekalan serta turun naik lebih besar dalam kos input.

Bagi menguruskan keadaan berkenaan, syarikat mempelbagaikan saluran penyumberan, mengukuhkan hubungan dengan pembekal serta mengekalkan tahap inventori yang mencukupi bagi menyokong operasi dan memastikan bekalan kepada pelanggan.

Chin Yok berkata, syarikat akan terus memantau perkembangan pasaran dan mengurus perolehan serta inventori secara berhati-hati.

“Walaupun persekitaran luaran kekal tidak menentu, Lembaga Pengarah optimis dengan berhati-hati bahawa keadaan pasaran semasa mungkin memberi impak positif terhadap prestasi kumpulan untuk tahun kewangan 2026,” katanya.

Cropmate menghasil dan memperdagangkan baja konvensional serta khusus untuk sektor pertanian termasuk ladang kelapa sawit, dusun durian dan tanaman lain.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *