Gerakan Sedia Pecah Kebuntuan di Negeri Sembilan, Rayu Peluang kepada Pengundi

Oleh Siti Khadijah Manudin

SEREMBAN Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menyatakan kesediaannya untuk menamatkan rekod tanpa kemenangan di Negeri Sembilan dengan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, sambil merayu pengundi memberi peluang kepada parti itu membuktikan kemampuannya.

Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, parti itu yakin mempunyai calon yang berwibawa dan jentera yang lebih bersedia berbanding pilihan raya sebelum ini. Menurutnya, Gerakan telah mengenal pasti beberapa kerusi berpotensi untuk ditandingi dan kini menunggu keputusan rundingan pembahagian kerusi dalam Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, sasaran utama Gerakan bukan sekadar bertanding, tetapi memenangi sekurang-kurangnya satu kerusi bagi memecahkan kebuntuan parti di Negeri Sembilan. Dominic menegaskan Gerakan akan meletakkan calon yang diterima masyarakat setempat serta memberi tumpuan kepada isu kos sara hidup, pembangunan ekonomi dan kebajikan rakyat.

Pada PRN lalu, Gerakan bertanding di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) namun gagal memenangi sebarang kerusi. Justeru, parti itu berharap pengundi memberi peluang kali ini untuk membuktikan kemampuan mereka sebagai alternatif dalam landskap politik negeri.

Siti Khadijah Manudin adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *