14 maut dalam nahas helikopter Saudi Aramco di Ras Tanura

RIYADH – Seramai 14 warga tempatan terbunuh selepas sebuah helikopter milik syarikat minyak gergasi Saudi Aramco terhempas di Ras Tanura, di pesisir timur negara itu pada Ahad.

Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), nahas yang berlaku kira-kira jam 6 pagi waktu tempatan itu mengorbankan kesemua individu di dalam pesawat.

“Siasatan sedang dijalankan dengan penyertaan pihak berkuasa berkaitan bagi mengenal pasti punca nahas helikopter itu,” menurut SPA.

Insiden itu berlaku dua hari selepas Saudi Aramco menyambung semula aktiviti pemuatan minyak mentah di terminal Ras Tanura pada Jumaat lalu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Syarikat tersebut belum memberikan sebarang kenyataan rasmi berhubung insiden itu selepas dihubungi Reuters untuk mendapatkan komen.

Insiden itu berlaku ketika Arab Saudi mempercepat penghantaran kargo minyak susulan peningkatan pengeluaran dan eksport minyak serta gas oleh negara-negara pengeluar di Asia Barat.

Langkah itu diambil menjelang pelaksanaan perjanjian sementara bagi menghentikan konflik antara Amerika Syarikat dan Iran.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *