Zidane setuju bimbing Perancis

PARIS – Ikon bola sepak Perancis, Zinedine Zidane, dilaporkan bersetuju untuk mengambil alih tugas sebagai pengendali skuad kebangsaan negaranya selepas Piala Dunia FIFA musim panas ini.

Menurut laporan ESPN, Zidane, 53, mencapai persetujuan secara lisan dengan Persekutuan Bolasepak Perancis (FFF) untuk menggantikan Didier Deschamps, yang memegang jawatan itu sejak tahun 2012.

Zidane sebelum ini pernah membimbing kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, dalam dua tempoh berasingan (2016-2018 dan 2019-2021), dan sering disebut-sebut sebagai calon utama untuk mengemudi skuad kebangsaan Perancis.

Sebagai pemain, bekas perancang tengah itu memenangi Ballon d’Or 1998 serta tiga kali dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Dunia FIFA (1998, 2000 dan 2003).

Beliau turut membantu Perancis menjulang Piala Dunia 1998 sebelum muncul naib juara pada edisi 2006.

Namun, kariernya di pentas final 2006 diingati dengan insiden kontroversi apabila beliau dilayangkan kad merah selepas menanduk dada pemain Itali, Marco Materazzi.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *