PETALING JAYA – Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin memaklumkan, terdapat kemungkinan 1 Syawal tahun ini jatuh pada hari Jumaat sekiranya berpandukan kepada kriteria lama penentuan awal bulan Islam sebelum ia disemak semula.
Menerusi perkongsian di media sosial, beliau yang lebih dikenali sebagai Dr. Maza berkata, keadaan tersebut pernah berlaku pada tahun 2022 dan tidak mustahil berulang pada tahun ini.
“Jika merujuk kepada kriteria terdahulu, ada kemungkinan 1 Syawal kali ini jatuh pada hari Jumaat. Situasi seperti tahun 2022 mungkin berulang,” katanya.
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa penentuan rasmi tarikh Hari Raya Aidilfitri di Malaysia adalah tertakluk kepada pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.
Pengumuman rasmi tarikh 1 Syawal dijangka dibuat pada malam esok selepas proses cerapan anak bulan dilaksanakan di lokasi yang telah ditetapkan di seluruh negara.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L