Mengebom hospital, sekolah bukan ‘silap perhitungan’ tetapi jenayah perang – WHO

LONDON – Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, semalam mengutuk sekeras-kerasnya serangan terbaru ke atas hospital, sekolah serta kakitangan perubatan dalam konflik semakin meruncing di Asia Barat, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Beliau menegaskan tindakan sedemikian tidak boleh dianggap sebagai ‘silap perhitungan’ atau ‘kebinasaan lingkungan’, sebaliknya perlu diiktiraf sebagai jenayah perang.

“Mengebom hospital atau sekolah bukan satu ‘kesilapan perhitungan’. Membunuh paramedik bukan ‘kebinasaan lingkungan’. Membiarkan orang awam kebuluran bukan ‘taktik rundingan’.

“Ini adalah jenayah perang. Noktah. Panggil ia dengan nama yang sewajarnya,” katanya melalui X.

Sekurang-kurang 150 pelajar perempuan terkorban dalam serangan udara ke atas Sekolah Rendah Shajareh Tayyebeh di Bandar Minab, selatan Iran, pada 28 Februari lalu apabila Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan bersama.

Hingga kini, serangan itu sudah mengorbankan lebih 1,300 orang termasuk Pemimpin Agung Iran ketika itu, Ayatollah Ali Khamenei, manakala lebih 10,000 lagi cedera.

Tehran membalas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, selain Jordan, Iraq dan beberapa negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS.

Konflik itu turut merebak ke Lubnan yang menyaksikan tentera Israel memperluaskan serangan yang sudah mengorbankan lebih 800 orang dan mencederakan lebih 2,000 lagi sejak 2 Mac lalu, melalui serangan rentas sempadan dengan Hizbullah.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *