Lima dron dipintas berhampiran Pangkalan Udara Prince Sultan, Arab Saudi

ISTANBUL: Arab Saudi memaklumkan bahawa lima dron berjaya dipintas dan dimusnahkan berhampiran Pangkalan Udara Prince Sultan, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Jurucakap Kementerian Pertahanan, Turki Al-Maliki bagaimanapun tidak memberikan sebarang maklumat terperinci mengenai kecederaan atau kerosakan yang dialami.

Terdahulu, Kementerian Tenaga Arab Saudi menyatakan bahawa serpihan daripada pintasan dua dron menyebabkan kerosakan terhad di kilang penapisan minyak Ras Tanura yang terletak di pantai timur negara itu.

Insiden berkenaan berlaku susulan serangan besar-besaran yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran pada Sabtu lalu yang mengorbankan beberapa pemimpin tertinggi Iran termasuk Pemimpin Agung Ayatollah Ali Khamenei.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Sebagai tindak balas, Tehran melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta negara serantau yang menempatkan aset ketenteraan AS. – Agensi

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: Admin / Sales / 012-9222001

Whatsapp: Nasional Daily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *