Polis diarah utama siasatan setiap aduan komplot jatuhkan kerajaan – Saifuddin

BACHOK – Polis diarah untuk memberikan keutamaan dan fokus sepenuhnya dalam membuka kertas siasatan bagi setiap aduan yang diterima berkaitan dakwaan wujud komplot untuk menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata, ketetapan itu merupakan keputusan yang telah dicapai dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lalu, yang mengehendaki polis menjalankan siasatan sebaik sahaja menerima sebarang bentuk aduan daripada mana-mana pihak.

Beliau berkata, proses siasatan telah mula digerakkan berikutan aduan diterima, selaras dengan kenyataan diumumkan Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail berhubung kes itu baru-baru ini.

“Proses siasatan kes ini masih berada di peringkat awal. Setiap aduan diterima akan menjadi asas penting bagi polis dalam menentukan hala tuju siasatan yang lebih terperinci.

“Daripada aduan itu, ia memberikan asas kepada polis untuk menentukan hala tuju siasatan, termasuk menentukan di bawah seksyen dan peruntukan undang-undang apa kes ini akan disiasat,” katanya.

Kata Saifuddin, ia juga penting bagi mengenal pasti motif kejadian serta hasil akhir kepada sesuatu siasatan tersebut.

Mohd Khalid sebelum ini dilaporkan berkata, polis menerima laporan berhubung dakwaan gerakan yang melibatkan kerjasama antara seorang tokoh tempatan berpengaruh dengan sebuah agensi media antarabangsa pada Khamis.

Siasatan kini dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *