Masjid Perlu Diimarah, Bukan Hak Eksklusif Mana-Mana Pihak – Sultan Pahang

KUANTAN – Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru seluruh kariah agar menjadikan masjid sebagai pusat aktiviti masyarakat yang hidup dan berdaya saing.

Baginda turut mengingatkan umat Islam bahawa masjid bukan sekadar mercu tanda keindahan seni bina yang megah pada pandangan mata tetapi jauh lebih daripada itu, ia adalah jantung kehidupan ummah.  

“Imarahkanlah dengan solat berjemaah yang istiqamah, majlis ilmu yang menyuburkan akal dan jiwa serta aktiviti kebajikan yang mengeratkan ukhuwah sesama kita. 

“Janganlah kita biarkan masjid ini hanya tersergam indah pada rupanya namun sunyi daripada pengisian rohani dan kehangatan persaudaraan,” titah baginda bersempena dengan Majlis Perasmian Masjid Kampung Teluk Gading di Rompin semalam yang dimuat naik menerusi hantaran di laman Facebook Kesultanan Pahang. 

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Al-Sultan Abdullah turut mengingatkan umat Islam supaya tidak sesekali menjadikan masjid sebagai hak eksklusif mana-mana kelompok sehingga menyebabkan sebahagian masyarakat berasa terpinggir atau tidak didekati. 

“Pastikan pengurusan masjid dilaksanakan dengan penuh amanah, telus dan berintegriti supaya masjid ini benar-benar menjadi payung kesejahteraan, perpaduan dan kesejahteraan ummah seluruhnya,” titah baginda. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *