Banjir Sabah semakin buruk, sekolah hampir tenggelam

KOTA KINABALU – Banjir yang melanda beberapa daerah di negeri ini dilaporkan semakin buruk apabila beberapa bangunan sekolah hampir ditenggelami air.

Antaranya, Sekolah Kebangsaan (SK) Pandan Mandamai, Pitas yang tular di media sosial selepas air dilihat hampir mencecah bumbung sekolah tersebut.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin yang mengesahkan perkara itu berkata, daerah Pitas telah diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir dan beberapa sekolah turut terkesan.

“Ada beberapa sekolah terlibat iaitu SK Pandan Mandamai, SK Kasagaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pitas II.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Banyak laluan ke sekolah-sekolah juga tidak boleh dilalui,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Bagaimanapun, Raisin berkata kebetulan sekolah tidak beroperasi kerana murid dan pelajar sedang bercuti.


“Sekarang cuti sekolah dan murid tidak perlu ke sekolah tapi kita harap keadaan reda sebelum buka sekolah Isnin depan,” tambah beliau.

Sementara itu, gambar yang tular menunjukkan keadaan SK Pandan Mandamai yang hampir tenggelam akibat banjir.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Hujan berterusan di beberapa kawasan di negeri ini menyebabkan daerah lain, termasuk Kota Marudu, Telupid dan Sandakan turut terjejas.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *