Lima sekeluarga maut di Kuantan, dipercayai dibunuh

KUANTAN – Lima sekeluarga ditemukan maut di sebuah rumah di Lorong Cherating Damai, di sini pagi ini, dipercayai dibunuh.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah, mengesahkan kejadian yang dipercayai berlaku pada 7 pagi tadi.

Tinjauan BERNAMA di lokasi kejadian mendapati pasukan forensik sedang menjalankan siasatan dan setakat jam 10.10 pagi, mayat kesemua mangsa belum dibawa keluar dari rumah terbabit.

Orang ramai termasuk ahli keluarga juga dilihat berkumpul di lokasi kejadian dengan pihak polis memasang garisan dilarang melintas di lokasi kejadian.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman yang turut berada di lokasi dijangka mengadakan sidang media untuk berkongsi maklumat lanjut.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *