Kampung Melayu Subang Dilanda Banjir Kilat, Keadaan Terkawal

SHAH ALAM – Hujan lebat melanda sekitar Shah Alam malam tadi menyebabkan kejadian banjir kilat di Kampung Melayu Subang dengan paras air mencecah kira-kira 0.5 meter.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan keadaan adalah terkawal.

Menurut beliau, setakat ini banjir berkenaan tidak melibatkan sebarang pemindahan penduduk.

“Keadaan dan trend air semakin menurun berikutan hujan yang semakin reda. Tiada pemindahan dilakukan dan tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka setakat ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Pusat Gerakan Operasi JBPM Selangor menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.30 malam.

Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong bersama lima anggota digerakkan ke lokasi dan tiba pada jam 8.47 malam selepas menempuh jarak kira-kira 15 kilometer.

Sementara itu, tinjauan di media sosial mendapati beberapa kawasan sekitar Shah Alam turut digenangi air, menyebabkan beberapa kenderaan tidak dapat melalui laluan tertentu susulan paras air yang meningkat.

Pihak berkuasa memantau situasi dari semasa ke semasa dan orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada terutama ketika hujan lebat berterusan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *