Dakwaan rasuah berkait bekas menteri: 2 individu buat laporan kepada SPRM

PUTRAJAYA – Dua individu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, berhubung dakwaan salah guna kuasa dan rasuah dikaitkan dengan seorang bekas menteri.

Berita Harian melaporkan, kedua-dua individu terbabit dilihat memasuki kompleks SPRM di sini, sekitar jam 11 pagi sebelum keluar semula kira-kira satu setengah jam kemudian.

Jurucakap mereka, Mohd Zaidi Amin berkata, laporan berkenaan dibuat susulan beberapa pendedahan media berhubung dakwaan itu yang berkait projek tenaga boleh baharu.

“Laporan ini dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak, bersama-sama beberapa dokumen melalui carian dan maklumat awam,” katanya kepada pemberita di luar kompleks SPRM, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Zaidi berkata, dengan berdasarkan fakta awam sedia ada, pihaknya berharap SPRM menjalankan siasatan secara telus berhubung dakwaan berkenaan.

Ia termasuk mengenai sama ada wujud elemen konflik kepentingan secara langsung atau tidak langsung membabitkan bekas menteri itu dalam proses perancangan, kelulusan atau pelaksanaan projek terbabit.

Selain itu, katanya, sama ada berlaku pemberian projek secara rundingan terus kepada mana-mana pihak yang mempunyai kaitan kepentingan peribadi.

Seterusnya, sama ada semua pengisytiharan kepentingan telah dibuat selaras peraturan Kabinet serta undang-undang yang berkuat kuasa.

Di samping itu, siasat sama ada wujud penggunaan maklumat dalaman kerajaan bagi memberikan kelebihan komersial kepada mana-mana entiti berkepentingan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *