PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam proses menyemak akta berkaitan sebelum mengambil alih sepenuhnya pelaksanaan program Tingkatan Enam dan matrikulasi.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, sebelum ini yang berkaitan dengan Tingkatan Enam dan juga matrikulasi berada di bawah Kementerian Pendidikan.
“Jadi langkah yang perlu kita kena mengikut proses yang betul (step by step). Kita harap ia akan dapat kita lakukan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Jom Masuk Universiti (JMU) 2026 Zon Wilayah (Premier) di sini.
Beliau berkata demikian menjawan soalan mengenai perkembangan penstrukturan prauniversiti itu di bawah KPT.
Pada 20 Januari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan KPT akan mengambil alih sepenuhnya sistem pendidikan prauniversiti merangkumi Tingkatan Enam dan matrikulasi bermula tahun ini.
Beliau berkata, langkah itu sekali gus menjadikan kedua-dua kelompok berkenaan secara rasmi sebagai pelajar pendidikan tinggi. – BERNAMA
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L
