KUALA TERENGGANU – Tidak terletak jauh dari pusat bandaraya Kuala Terengganu, di samping infrastruktur asas dan jalan raya berturap sehingga ke puncak bukit menjadi pilihan untuk Bukit Panorama yang hanya berketinggian 85 m dari aras laut kini menjadi tumpuan baharu buat komuniti sukan berbasikal lasak untuk beraksi.
Faktor itu menjadi penanda aras penting bagi Persatuan Lumba Basikal Terengganu (PLBT) untuk merapatkan jurang penggiat sukan ini yang sering ketandusan pilihan litar lumba untuk beraksi.

Malah, sekali gus menjadi pusat latihan kedua dalam negeri ini bagi program pembangunan dari peringkat akar umbi setempat yang selama ini terpaksa menempuh perjalanan jauh ke Dungun.
“Walaupun bukit ini tidak tinggi, namun cabarannya terletak pada reka bentuk litar, di mana mempertaruhkan cabaran taktikal buat setiap pelumba mengendalikan basikal masing-masing untuk melepasi halangan.
“Litar ini direka sepenuhnya untuk perlumbaan mahupun program pembangunan sukan secara kompetitif,” kata Naib Presiden PLBT, M. Rezal Abu Bakar ketika perlumbaan Terengganu Fundoro Series 2026 di sini.

Mengulas lanjut, pihak badan induk berbasikal negeri ini juga dalam perancangan untuk mewujudkan sekurang-kurangnya satu litar downhill untuk setiap daerah dalam Terengganu sebagai usaha untuk merapatkan jurang di peringkat akar umbi yang selama ini melihat faktor jarak ke lokasi litar yang menjadi kekangan untuk mereka menceburi sukan ini.
Sehingga kini, hanya dua litar sukan berbasikal lasak terdapat di negeri ini, di mana sebuah litar lagi terletak di Bukit Chatak, Dungun yang turut berstatus Class 2 UCI setelah menjadi tuan rumah perlumbaan antarabangsa XCO pada tahun tiga tahun lalu.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L
