Tun Dr. Mahathir Jalani Fisioterapi, Keadaan Kesihatan Tunjuk Perkembangan Positif

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad kini menunjukkan perkembangan positif dalam proses pemulihan selepas mengalami patah tulang pinggul kanan akibat terjatuh di kediamannya di The Mines pada 6 Januari lalu.

Menurut kenyataan pegawai beliau, Sufi Yusoff, mantan Perdana Menteri itu telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) dan sehingga kini masih menerima rawatan fisioterapi tanpa pembedahan.

“Selepas 14 hari menjalani rawatan, pihak perubatan dan doktor pakar berpuas hati dengan tahap kemajuan proses pemulihan yang dilalui oleh Tun Dr. Mahathir,” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, menurut kenyataan sama, proses pemulihan melalui fisioterapi tersebut dijangka mengambil masa yang agak panjang, dan pemantauan rapi oleh pasukan perubatan akan diteruskan bagi memastikan keadaan beliau kekal stabil.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Dalam pada itu, Tun Dr. Mahathir dan keluarga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa mengambil berat, bertanyakan khabar serta mendoakan kesihatan beliau.

Pihak keluarga turut memohon maaf kerana atas nasihat pakar perubatan, urusan ziarah dihadkan kepada ahli keluarga terdekat sahaja buat masa ini.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Sufi Yusoff dari Pejabat Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *